Tuesday, 22 January 2013

KADAR HARGA DISYORKAN PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BERMULA 1 JANUARI 2013

Salam 1Malaysia.
Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada semua.
Di harap semua dapat mencapai misi dan visi yang diimpikan pada tahun 2013.
Bagi STSS, kami sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan hati pelanggan-pelanggan kami. 

Untuk permulaan tahun 2013, STSS telah menerima surat dari pihak Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) berkaitan isu "Perintah Gaji Minimum 2012" seperti yang telah di war-warkan sebelum ini. 

Setelah diperhalusi akan isu ini, maka PPKKM telah mengesyorkan kadar harga baru setelah permohonan penundaan DILULUSKAN oleh Majlis Perundangan Gaji Negara. Kadar harga terbaru ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2013.


(Rujuk link PPKKM)
  Sehubungan dengan berkuatkuasanya kadar baru ini, maka dapatlah sekiranya STSS dan juga ahli-ahli persatuan yang lain dapat meningkatkan lagi mutu dan prestasi dan juga dapat menaikkan lagi martabat di dalam sektor perkhidmatan kawalan keselamatan negara. 

Thursday, 5 April 2012

MAJLIS MERAIKAN TAMAT PERKHIDMATAN

Pada 27hb Januari 2012, telah diadakan jamuan bagi meraikan Cik Norena Binti Hashim yang telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai kerani KWSP selama lebih satu tahun. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan Yassin bulanan dan di turuti oleh penyampaian cenderamata oleh Syarikat kepada beliau sebagai kenang-kenangan sepanjang perkhidmatan beliau di STSS.

Ulas Pengarah Urusan, Dato' Muhammad Faried bin Dato' Haji Abdul Rahman, bagi mewakili kakitangan yang lain, ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bakti dan kerjasama yang telah Cik Norena binti Hashim sepanjang berada di STSS.

Cik Norena binti Hashim bergambar bersama Pengarah Urusan,Dato' Muhamad Faried bin Dato Hj. Abdul Rahman dan Pengurus Besar, Encik Kaderi bin Juli @Ali beserta cenderamata yang diterima dari Pihak Syarikat.









MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA CAWANGAN TERBAIK SEPANJANG 2011

 Mesyuarat Pengurusan diadakan dua kali setahun. Pada waktu ini. semua Pengurus Cawangan akan berkumpul di Bilik Mesyuarat di Ibu Pejabat bagi membahaskan perjalanan cawangan mereka dari segi kejayaan dan masalah yang dihadapi sepanjang tahun semasa. Justeru itu, ahli-ahli mesyuarat yang lain dapat menyuarakan pendapat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mana-mana cawangan. Antara lain, tujuan mesyuarat ini juga bagi mengeratkan perhubungan sesama semua Pengurus Cawangan dan Kakitangan Ibu Pejabat.

Suasana semasa mesyuarat sedang dijalankan. 


Selain itu, turut serta dalam agenda mesyuarat adalah penyampaian Anugerah bagi Cawangan Terbaik 2011. Dan bagi tahun ini, terdapat penambahan anugerah untuk cawangan yang layak. 

Anugerah Cawangan Terbaik 2011 - Cawangan Perak 

Anugerah Cawangan Konsisten - Cawangan Johor Bahru

Anugerah Cawangan Harapan - Cawangan Kuala Lumpur/Selangor

Thursday, 2 February 2012

PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA KAKITANGAN BAGI TAHUN 2011

Pada hari Jumaat bersamaan 27hb Januari 2012 yang lepas, Syarikat telah mengadakan satu majlis penyampaian anugerah kepada kakitangan di Ibu Pejabat. Anugerah ini adalah anugerah yang julung - julung kali diadakan dimana ia adlah idea daripada Pengurus Besar iaitu Encik Kaderi bin Juli @ Ali. Antara anugerah yang telah di sediakan oleh Syarikat adalah seperti berikut : 


  • Anugerah Kakitangan Datang Paling Awal Sepanjang Tahun 2011                                     
Puan Nadiah binti Zainal Abidin & Puan Nadra binti Rahmat
  • Anugerah Kakitangan Yang Tidak Pernah Datang Lewat Sepanjang Tahun 2011           
Cik Norena binti Hashim & Puan Nadiah binti Zainal Abidin
  • Anugerah Kakitangan Yang Tidak Pernah Cuti Sakit Sepanjang Tahun 2011                    
Cik Nolly Assiqin binti Md Zin & Encik Mohd Yusof bin Md Radzi
  • Anugerah Kakitangan Berpersonaliti Menarik Sepanjang Tahun 2011                               
Encik Lutdaman bin Tukiman

Selain itu juga, Syarikat dengan berbesar hati memberikan sumbangan kepada kakitangan yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah bagi mengurangkan perbelanjaan harian mereka. 




Monday, 16 January 2012

LATIHAN MENEMBAK

WAJIB bagi setiap pengawal yang mempunyai lesen senjata untuk mengikuti latihan menembak sebagai syarat memperbaharui lesen senjata mereka. 







                                         


























































































KURSUS ASAS PENGAWAL KESELAMATAN


Setiap Pengawal yang diambil bekerja WAJIB mengikuti Kursus Asas Pengawal Keselamatan yang dianjurkan oleh Pihak Syarikat. Pengawal akan mengikuti taklimat mengenai Arahan Tugas, Cara Menulis Laporan Harian, Kepentingan Memebuat Rondaan, Tanggungjawab Sebagai Seorang Pengawal dan sebagainya. Selain itu, juga, mereka juga akan didedahkan dengan cara - cara mempertahankan diri, mengawal kebakaran dan jika berlaku kecemasan. 

LATIHAN KAWAD