Mesyuarat Pengurusan diadakan dua kali setahun. Pada waktu ini. semua Pengurus Cawangan akan berkumpul di Bilik Mesyuarat di Ibu Pejabat bagi membahaskan perjalanan cawangan mereka dari segi kejayaan dan masalah yang dihadapi sepanjang tahun semasa. Justeru itu, ahli-ahli mesyuarat yang lain dapat menyuarakan pendapat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mana-mana cawangan. Antara lain, tujuan mesyuarat ini juga bagi mengeratkan perhubungan sesama semua Pengurus Cawangan dan Kakitangan Ibu Pejabat.
|
Suasana semasa mesyuarat sedang dijalankan. |
|
|
Selain itu, turut serta dalam agenda mesyuarat adalah penyampaian Anugerah bagi Cawangan Terbaik 2011. Dan bagi tahun ini, terdapat penambahan anugerah untuk cawangan yang layak.
|
Anugerah Cawangan Terbaik 2011 - Cawangan Perak |
|
|
Anugerah Cawangan Konsisten - Cawangan Johor Bahru |
|
Anugerah Cawangan Harapan - Cawangan Kuala Lumpur/Selangor |
No comments:
Post a Comment