Thursday, 5 April 2012

MAJLIS MERAIKAN TAMAT PERKHIDMATAN

Pada 27hb Januari 2012, telah diadakan jamuan bagi meraikan Cik Norena Binti Hashim yang telah menamatkan perkhidmatan beliau sebagai kerani KWSP selama lebih satu tahun. Majlis ini telah dimulakan dengan bacaan Yassin bulanan dan di turuti oleh penyampaian cenderamata oleh Syarikat kepada beliau sebagai kenang-kenangan sepanjang perkhidmatan beliau di STSS.

Ulas Pengarah Urusan, Dato' Muhammad Faried bin Dato' Haji Abdul Rahman, bagi mewakili kakitangan yang lain, ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segala bakti dan kerjasama yang telah Cik Norena binti Hashim sepanjang berada di STSS.

Cik Norena binti Hashim bergambar bersama Pengarah Urusan,Dato' Muhamad Faried bin Dato Hj. Abdul Rahman dan Pengurus Besar, Encik Kaderi bin Juli @Ali beserta cenderamata yang diterima dari Pihak Syarikat.









MESYUARAT PENGURUSAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA CAWANGAN TERBAIK SEPANJANG 2011

 Mesyuarat Pengurusan diadakan dua kali setahun. Pada waktu ini. semua Pengurus Cawangan akan berkumpul di Bilik Mesyuarat di Ibu Pejabat bagi membahaskan perjalanan cawangan mereka dari segi kejayaan dan masalah yang dihadapi sepanjang tahun semasa. Justeru itu, ahli-ahli mesyuarat yang lain dapat menyuarakan pendapat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mana-mana cawangan. Antara lain, tujuan mesyuarat ini juga bagi mengeratkan perhubungan sesama semua Pengurus Cawangan dan Kakitangan Ibu Pejabat.

Suasana semasa mesyuarat sedang dijalankan. 


Selain itu, turut serta dalam agenda mesyuarat adalah penyampaian Anugerah bagi Cawangan Terbaik 2011. Dan bagi tahun ini, terdapat penambahan anugerah untuk cawangan yang layak. 

Anugerah Cawangan Terbaik 2011 - Cawangan Perak 

Anugerah Cawangan Konsisten - Cawangan Johor Bahru

Anugerah Cawangan Harapan - Cawangan Kuala Lumpur/Selangor